

ANUGERAH ITU!
(Wasiat yang dititipkan buatku)
Bukan itu yang ku pinta
Bukan jua yang kau pinta
Itu semua hanya bukti
Kebesaran Nya
untuk kita semua
Di akhir nota
setiap langkah ku
Tak pernah lupa
ku panjatkan doa
bersyukur
atas Anugerah itu
Mungkin untuk sesaat
seminit meskipun bertahun
Anugerah itu
tersemat indah
di dalam jiwa
dengan erat
penuh kasih
penuh syahdu
Kebahagiaan bukan milikku
di sini di sana
dan di mana jua
ketika Anugerah singgah
di depan mata
aku terharu dan
kelu untuk berkata
Dan di saat
aku hampir lupa
tarikh luput Anugerah itu
Aku diingatkan
kembali
tentang hakiki dan realiti
tiada yang kekal
justru kau harus pergi bersama
Anugerah itu
kerana begitu kehendakNYA
Semakin sebak dada ini
semakin kencang debaran ini
melepaskan satu Anugerah
yang dipinjamkan
dan ku iringi pemergian itu
dengan deraian airmata
Meskipun kehilangan Anugerah itu
aku tetap tidak lupa
daerah usang
bersama rumah dan segala harta dunia
penuh airmata
kau tinggalkan semua
dan aku juga tidak mahu
tanpa Anugerah
hidupku sepi dan bisu
Tanpa Anugerah itu
berkurun kini
aku sudah pandai
menyusun bicara dalam sendu
SELAMAT TINGGAL....Ayah, Mak & Adik
AKU TERLALU RINDU!